Bandingkan kedudukan bahu, lebar badan dan ruang lengan pada render 3D ini. Ukuran sebenar ikut fail pola.
BasicOversize↔
Premium Hem
Curve Hem dengan panel tambahan di bahagian dalam bawah hem, dijahit bersama untuk client meletakkan printed design. Panel ini berada di sebelah dalam baju.
THE PATTERN LIBRARY
Temui pola pilihan anda.
Pola terpilih sedia untuk dibeliPilih pola berstatus sedia untuk melihat pakej pembelian.
Gambar AI ialah gambaran gaya; rajah tanpa skala. Ia bukan sampel jahitan atau fail produksi. Jenis leher, potongan dan kemasan disenaraikan berasingan bagi setiap produk.
SEBELUM ANDA MEMILIH
Pola untuk proses kerja anda.
Kenali format, saiz standard dan kegunaan setiap pola.
01
Format digital .AI
Pola dalam format Adobe Illustrator untuk kerja artwork dan pengeluaran sublimasi. Produk ini ialah fail digital.
02
Grading & saiz standard
Pakej asas Adult: XS–3XL. Roundneck, Vneck, Polo dan Muslimah Kids Basic: 22–36. Rujuk setiap produk untuk julat saiz dan add-on yang tersedia.
03
Sampel sebelum produksi
Buat sampel dan semak kesesuaian sebelum pengeluaran pukal. Benarkan toleransi ukuran ±5% mengikut teknik jahitan.
Bolehkah saya membeli sekarang?+
Ya, untuk pola berlabel sedia untuk dibeli. Pilih pakej dan add-on pada halaman produk. Fail, carta ukuran dan terma tersedia selepas bayaran disahkan. Pola lain masih boleh diteroka dalam katalog.
Bagaimana dengan saiz tambahan atau ukuran khas?+
Harga yang dipaparkan mengikut pakej standard dalam katalog. Saiz di luar julat standard dan pelarasan ukuran dikenakan caj berasingan. Hubungi Mytee Industries untuk mendapatkan sebut harga.
Siapa yang sesuai menggunakan pola ini?+
Pengusaha printing sublimasi, kilang dan pemborong pakaian, serta pemilik jenama yang menyediakan artwork dan pengeluaran pakaian.
Apakah kegunaan fail yang dibenarkan?+
Fail adalah untuk pengeluaran dalaman pembeli. Penjualan semula, perkongsian, pengedaran semula dan muat naik semula fail tidak dibenarkan.
PATTERNLAB BY MYTEE
Asas kepada koleksi seterusnya.
PatternLab by Mytee menghimpunkan pilihan pola digital Mytee Industries untuk pengeluaran sublimasi — daripada Roundneck dan Polo, hingga pakaian korporat, aksesori dan siri Mytee Forge.
Pilih potongan mengikut keperluan koleksi anda, semak saiz, dan rancang pengeluaran dengan lebih jelas.
MARI BERBINCANG
Pola yang tepat. Produksi yang lebih teratur.
Ada soalan tentang pilihan pola, saiz tambahan atau ukuran khas? Hubungi Mytee Industries.